Monday 9 March 2015

PENGAJIAN MALAYSIA

       


DUB1012 : PENGAJIAN MALAYSIA

TAJUK : SUMBANGAN TOKOH KEMEDEKAAN NEGARA

NAMA AHLI KUMPULAN :
ü  NURUL HIDAYAH BINTI ABDULLAH                             30DIB14F2022
ü  SITI HAN NAN BINTI AHMAD                                       30DIB14F2040
ü  HANISAH BINTI MOHAMAD                                         30DIB14F2036

NAMA PENSYARAH :
PUAN HAJAH FATIMAH BINTI HUSSEIN

TARIKH HANTAR :
02 MAC 2015


ISI KANDUNGAN


BIL.
TAJUK
MUKA SURAT
1.
PENGENALAN
3
2.
LATAR BELAKANG DAN SUMBANGAN TOKOH KEMERDEKAAN
4 - 16
3.
IKTIBAR DARIPADA PERJUANGAN TOKOH KEMERDEKAAN
17
4.
KESIMPULAN
18
5.
LAMPIRAN
19 - 21
6.
RUJUKAN
22












PENGENALAN


     Negara ini mencapai kemerdekaan setelah melali suatu proses yang panjang.Pengalaman negara dijajah oleh beberapa kuasa asing selama beratus-ratus tahun menjadikan semangat sebahagian besar rakyat tanah air untuk memiliki negara sendiri yang berdaulat kian menebal.Oleh itu , semangat dan kesedaran ini mula disalurkan melalui pelbagai cabang sehingga berjaya memberi kesedaran secara menyeluruh kepada rakyat.Kempen-kempen oleh para pejuang kemerdekaan yang tidak kenal putus asa , akhirnya membuahkan hasil apabila British meluluskan piagam kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.Negara kemudian bergerak matang dan lebih ke hadapan untuk membentuk sebuah negara yang lebih ke hadapan untuk membentuk sebuah negara yang lebih mantap dalam mengatasi cabaran semasa.Hasilnya , terbentuknya negara Malaysia seperti yang dikenali pada hari ini secara rasminya pada 16 September 1963.














TUNKU ABDUL RAHMAN IBNI ALMARHUM PUTRA AL-HAJ


LATAR BELAKANG TOKOH :

     Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah merupakan seorang tokoh yang mempunyai sifat-sifat istimewa disebalik kejayaannya.Beliau merupakan seorang yang peramah , baik hati , arif dalam membuat pertimbangan , berjiwa rakyat , setia kepada sahabat-sahabatnya , rendah diri , murah hati , sentiasa bersimpati , bertanggungjawab serta banyak lagi nilai yang membolehkan beliau mempunyai kenalan yang ramai.

     Tunku dilahirkan pada 08 Februari 1903 di Istana Tingkat Tiga ( Istana Kota Lama ) Alor setar , Kedah . Beliau seorang yang berkedudukan namun dia tetap bergaul dengan sesiapa sahaja.

     Beliau merupakan putera yang ke-6 dari isteri yang ke-2 atau yang ke-24 bagi ayahnya.Ayahandanya , Sultan Abdul Hamid , menaki takhta Kedah pada 1881 dan mangkat pada tahun 1943.Ibundanya pula , Che Manjalara , berketurunan Siam dan Burma dan menukar namanya kepada Sharifah Fatimah setelah memeluk agama Islam.

     Tunku telah berkahwin pada tahun 1939 dengan isterinya Sharifah Rodziah binti Syed Alwi Barakbah.Kedua-duanya merupakan tokoh kebanggaan negara.









PENDIDIKAN AWAL :

     Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Melayu , Alor Setar kemudiannya ke Sekolah Inggeris (sekarang dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid Alor Setar ) Kedah.Ketika berusia lapan tahun beliau mengikuti abangnya ke Bangkok dan meneruskan pengajiannya di Penang Tree School.Selepas itu , ke St. Catherine College , Universiti Cambridge England untuk belajar undang-undang dan kemudiaannya balik ke Tanah Melayu pada taun 1925 setelah menamatkan pelajarannya.Tunku mendapat Ijazah B.A dalam sastera.

     Beliau kembali ke Engand untuk menyambungkan pelajarannya dalam bidang Undang-undang di Inner Temple , England pada tahun 1938 , namun pengajiannya terbantut apabila Perang Dunia Kedua meletus.

     Demi menyempurnakan hasratnya menjadi peguam maka ada tahun 1947 , beliau sekali lagi ke England bagi melanjutkan pelajarannya dalam pegajian undang-undang di Cambridge Universiti dan ditauliahkan pada tahun 1949.















KEPERIBADIAN :

     Tunku telah banyak berkorban untuk negara.Pelbagai cabaran serta rintangan dihadapi namun segalanya berjaya diatasi dengan cekal dan tabah.Bapa Perpaduan Malaysia ini telah membuktikan bahawa beliau merupakan seorang pemimpin yang berwibawa.Tunku merupakan seorang tokoh yang mempunyai perwatakan dan keperibadian yang tersendiri serta istimewa yang sukar ditandingi.

     Tunku Abdul Rahman telah menunjukkan bakat kepimpinannya sejak menjadi Pegawai Daerah.Beliau sentiasa prihatin terhadap insan lain seperti memperbaiki mutu kesihatan penduduk-penduduk di luar bandar yang diserang penyakit malaria dan membela nasib peandu-pemandu teksi di Sungai Petani.Beliau juga sanggup menghantar misi pendamai dan keamanan ke Congo , Afrika yang dilanda perang saudara 1961.Beliau berusaha menyatu padu rakyat berbilang kaum dalam usaha menentang British dan menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.beliau juga berusaha meningkatkan status ekonomi rakyat dan negara.Beliau turut dikenali sebagai “ Bapa Keamanan dan Perpaduan “

     Ketegasannya dalam membantah pengiktirafan Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai parti sah sewaktu Rundingan Baling membolehkan negara kita bebas daripada ancaman atau pengaruh Komunis.Kegigihan , keberanian , dan ketegasan beliau telah membebaskan negara kita dari belenggu penjajah.Rakyat seharusnya berasa kagum dengan matlamat hidupnya yang begitu mulia dan menghargai kesanggupannya mengorbankan masa-masanya yang berharga bagi membentuk negara yang merdeka.









PENGLIBATAN DALAM SUKAN :

     Beliau juga merupakan seorang yang akif dalam sukan.Mempunyai banyak hobi termasuk menunggang kuda , memancing ikan , dan memasak.Meminati bidang sukan sejak kecil terutamanya menunggang kuda dan bermain golf.Bola sepak merupakan bidang yang paling diminati.Pernah dilantik sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu , Bola Sepak Selangor dan Presiden Kehormat Persatuan Bola Sepak Malaysia pada 14 Februari 1954.



KERJAYA :

     Tunku dilantik sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama pada tahun 1957.Beliau turut memegang portfolio Menteri Dalam Negeri.Sebelum menjadi Perdana Menteri , beliau pernah memegang beberapa jawatan lain.Kerjayanya bermula pada 10 Disember 1931 apabila beliau berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Kuala Muda , Padang Terap , Kuala Nerang , Sungai Petani , dan Kulim , Kedah.1940 , Tunku menjadi Timbalan Pengarah Keselamatan Awam Kedah.Tunku juga pernah bertugas sebagai Pendakwaraya di Perkhidmatan dan Kehakiman Kuala Lumpur.

     Pada tahun 1955 , Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu.Penglibatan beliau dala bidang politik tamat apabila beliau meletakkan jawatan sebagai Pedana Menteri Malaysia pada 22 September 1970.







SUMBANGAN TOKOH :
Ø  SUMBANGAN DALAM PENULISAN

          Tunku merupakan seorang penulis yang berbakat.Karya beliau mampu menarik perhatian orang ramai.Walaupun pada masa Tunku bersara , ketika berumur 85 tahun , beliau masih bergiat cergas malah masih aktif dalam bidang penulisan seperti ruangan Looking Back dan As I See It dalam akhbar The Star.Sepanjang 16 September 1974 sehingga 16 Ogos 1975 , Tunku telah menghasilkan sebanyak 53 artikel dalam ruangan Looking Back.Pada tahun 1969 , Tunku telah menghasilkan buku beliau yang pertama iaitu May 13 , Before and After.Selepas itu , beliau meneruskan penulisannya dalam khbar The Star melalui ruangan baru iaitu As I See It.Artikel-artikel yang beliau hasilkan dalam akhbar adalah berkaitan masyarakat dan insiden-insiden politik yang berlaku pada zaman beliau.Beliau turut menghasikan Viewpoints (1970) , Looking Back (1977) , As Matter of Interest (1981) , Something toRemember (1983) , Less We Forget and Contemporary Issues in Malaysian Politics (1984) , Challenging Times (1986) , dan Political Awakening (1986) .Semua hasil tersebut adalah berkaitan isu-isu semasa.


Ø  SUMBANGAN DALAM KESENIAN

          Tungku juga berminat dalam bidang seni dan kebudayaan negara.Sebelum menjadi Perdana Menteri , beliau bercita-cita menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat kebudayaan.Pada 27 Ogos hingga 30 Ogos 1969 , beliau telah mengadakan Persidangan Antarabangsa Drama dan Muzik Tradisional Asia Tenggara dengan tujuan menonjolkan kebudayaan Melayu di mata dunia.

          Tunku telah menghasilkan tiga karya yang kemudiannya difilemkan iaitu “ Mahsuri ” , “ Raja Bersiung ” dan “ Sumphan Mahsuri “.Filem “ Raja Bersiung “ merupakan antara filem Melayu pertama yang berwarna di Malaysia yang ditayangkan untuk mengutip derma bagi tabung Tuju Peringatan Rosli Dhobie.



Ø  SUMBANGAN PERINGKAT ANTARABANGSA

          Pada 31 Julai 1961 , Tunku telah mengasaskan ASA ( Assosiation of South East Asian States ) yang terdiri daripada Tanah Melayu , filipina , dan Negara Thailand.

          Pada 11 Julai 1962 , MAPHILINDO yang dianggotai oleh Indonesia , Filipina , dan Malaysia dibentuk.Akan tetapi , persatuan ini tergugat apabila Malaysia menghadapi konfrontasi dengan Indonesia dan Filipina sebaik sahaja Malaysia diisyhtiharkan.Ketika berusaha menyelesaikan masalah tersebut , Tunku dihampakan apabila Singapura memutuskan untuk keluar daripada Persekutuan pada 9 Ogos 1965.Tunku berjaya mengatasi konfrontasi tersebut melalui perjanjian dengan Indonesia pada 2 Jun 1966 dan Filipina 3 Jun 1966.Beliau juga pernah dilantik menjadi Setiausaha Agung Pertama Pertubuhan Negara -Negara Islam (OIC) oleh Raja Faizal dari Jeddah. 


Ø  SUMBANGAN DALAM PERKEMBANGAN ISLAM

          Tunku telah banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan Islam di negara kita malah mengharumkan nama negara di persada dunia.Beliau banyak melibatkan diri dalam penganjuran pertandingan membaca al-Quran.Menjadi Presiden Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) pada Ogos 1960.Atas kebolehn dan daya usaha gigihnya , beliau berjaya meletakkan PERKIM sebagai sebuah pertubuhan yang terkemuka dan dihormati oleh semua umat Islam.

          Tunku Abdul Rahman adalah seorang pejuang kemanusiaan yang tulen.Beliau telah membenarkan PERKIM cawangan Kedah menggunakan tanah kepunyaannya untuk membina rumah anak-anak yatim dan orang tua yang diberi nama Darul Aliam Wal Masalan Tunku Abdul Rahman Putra.Sebagai pemimpin PERKIM , beliau berusaha memberi bantuan kepada pelarian Kemboja yang memasuki Malaysia melalui Kelantan pada tahun 1975.Dengan bantuan Bangsa-Bangsa Bersatu , beliau telah berjaya menempatkan seramai 4500 orang pelarian di Pengkalan Chepa dan Cheranting.

KEJAYAAN TUNKU :
   
     Rakyat menyanjung tinggi tunku kerana mencapai begitu banyak kejayaan dan menyumbang kepada keamanan dan kemerdekaan negara serta penyatupaduan rakyat.Sebelum mencapai kemerdekaan , Tunku sudah yakin bahawa beliau akan menhadapi banyak cabaran dan rintangan untuk mencapai keamanan dan kemerdekaan dalam menyatupadukan rakyat..Ini menyebabkan rakyat merasa terhutang budi dan mengaguminya.Setelah dilantik menjadi presiden UMNO , beliau berikhtiar untuk mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu.Tetapi , cabaran yang terpaksa dihadapinya ialah menyatupadukan parti-parti kaum yang lain bagi mencapai tujuan ini.Oleh itu , dia membentuk Parti Perikatan dengan menggbungkan UMNO-MCA.Cadangan ini berjaya dan membolehkan Parti Perikatan memenangi Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952 dengan memenangi 51 daripada 52 kerusi.
     Kejayaan yang menakjubkan ini menarik perhatian mic untuk menyertai gabungan ini.Tahun 1955 merupakan tahun yang menjadi ujian sebenar Tunku Abdul Rahman.Parti Perikatan perlu memenangi pilihan raya kali ini untuk membuktikan kepada British bahawa tanah air kita yang terdiri daripada pelbagai kaum sudah brsedia untuk merdeka.Tunku telah bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pilihan majoriti.Beliau membuat lawatan ke seluruh Tanah Melayu tanpa ,erasa penat dan lelah.Akhirnya beliau berjaya mengatasi rintangan ini dengan memenangi pilihan raya itu.Beliau eterusnya mengetuai Rombongan Kemerdekaan ke London pada tahun 1956 untuk mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu.
     Beliau berjaya mendapatkan persetujuan British dan 31 Ogos 1957 ditetapkan sebagai tarikh kemerdekaan.Selepas kejayaan ini , beliau mendapat perhatian masyarakat di seluruh dunia , terutamanya media massa.Pada 27 Mei 1961 , Tunku telah mengemukakan cadangan untuk menggabungkan Tanah Melayu , Singapura , Sabah , Sarawak , dan Brunei bagi membentuk sebuah negara yang bernama Malaysia.Idea tersebut mendapat sokongan dari negara-negara tersebut kecuali Brunei.Pada 6 Januari 1962 , kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan British telah menubuhkan Suruhanjaya Cobbold bagi meninjau reaksi rakyat Sabah dan Sarawak tentang pembentukan Malaysia.Akhirnya Malaysia dibentuk pada 16 Julai 1963 dengan menggabungkan Tanah Melayu , Singapura , Sabah , dan Sarawak.

ANUGERAH :

     Pelbagai anugerah telah diterima oleh beliau daripada universiti-universiti seperti Universiti Malaya , Universiti Sdyney , Universiti Araneta dan Universiti India.Beliau juga menerima Ijazah Kehormat Doktor Persuratan dari Universiti Oxford , England pada tahun 1970 , Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang dari Universiti Cambridge (1970) , Ijazah Kehormat Pentadbiran Awam dari Universiti Prince of Songkhla , Thailand(1977).Beliau juga menerima penghormatan dalam bentuk pangkat dan darjah-darjah kebesaran sama ada dari dalam mahupun dari luar negara.Ini termasuklah pangkat-pangkat seperti Order of Istinqqlal , Maghribi pada tahun 1957 , Darjah utama Negeri Kedah pada tahun 1958 , Order of  Kim Khanh , Vietnam (1958) , Seri Paduka Mahkota Brunei (S.P.M.B) dan Grand Cross of The Order of The Same Crown dari Belgium Order of Sikatuna dari Filipina (1959) , Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (kelas pertama) , Anugerah Ramon Magsaysay dari Filipina (1960) , Knignt Grang Cross of  the Most Illustrios Order of Chula Chom Klao dari Thailand (1962) , Darjah Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) dan Grand Cross of the Royal Order of Sahametrai dari Kemboja.


PERGINYA SEORANG WIRA BANGSA

     Pada 6 Disember 1990 , Tunku menghembuskan nafas yang terakhir pada usia 87 tahun di Hospital Besar Kuala Lumpur.Pihak kerajaan telah mengiktiraf “Istiadat Pengebumiaan Negar” kepada beliau.Pada 7 Disember 1990 , jenazah beliau telah diberi penghormatan terakhir oleh orang ramai di Dewan Bankuasi , Bangunan Parlimen Kuala Lumpur.Selepas itu , jenazah beliau diterbangkan ke Alor Setar<Sungai Besi.Setibanya di sana , jenazahnya diberi penghormatan terakhir oleh Sultan dan Sultanah Kedah di Balai Besar,Alor Setar sebelum diusung menuju makam diraja untuk menjalani istiadat pengebumian.Pemergiannya merupakan suatu kehilangan yang besar dan jasanya sentiasa dikenang oleh rakyat Malaysia.



DATO’ ONN JAAFAR

LATAR BELAKANG DAN SUMBANGAN :

     Dato’ Onn Jaafar adalah lagenda bangsa Melayu.Jasanya meniupkan semangat nasionalisme kepada orang Melayu tidak sesekali luput dan ingatan dan masih segar terpahat di sanubari rakyat Malaysia.Mantan Menteri Besar Johor ini , merupakan pengasas dan Yang DiPertua pertama UMNO , peneraju utama gerakan untuk menentang dan mengalahkan Malayan Union dan tokoh pelapor dan pemangkin perpaduan dan kerjasama antara kaum di Malaysia.

     Beliau dilahirkan di Bukit Gambir , Johor Bahru , Dato’ Onn ialah anak kepada Dato’ Jaafar bin Haji Muhammad , Menteri Besar Johor yang pertama.Seorang kerabat diraja Johor , beliau dipelihara oleh Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar sejak kecil , dan mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajarannya di England.

     Dato’ Onn bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930 ketika berumur 35 tahun , dan pada tahun 1934 , menjadi pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga.Disamping itu , beliau juga pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor.Semasa zaman Pendudukan Jepun , Dato’ Onn menjadi ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor.Dato’ Onn pernah bertugas sebagai Pegawai Daerah dalam pentadbiran penjajah British , tetapi kemudian berhenti kerana membantah dasar-dasar jajahan.

     Pada 1-4 Mac 1946 , 41 buah persatuan Melayu telah berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman , Kuala Lumpur untuk menghadiri Kongres melayu pertama yang diadakan untuk menentang Malayan Union yang diperlihatkan sebagai ancaman terhadap hak istimewa orang melayu dan kedudukan sultan-sultan Melayu.Hasil daripada mesyuarat ini , sebuah badan yang mewakili orang Melayu telah ditubuhkan ketika Kongres ketiga diadakan di Johor Bahru pada 1 Mei 1946.Disebabkan Dato’ Onn amat aktif dalam gerakan nasionalisme Melayu , kongres itu melantik beliau sebagai presiden pertama.


     Pada 1 Oktober 1946 , Dato’ Onn dilantik menjadi Menteri Besar Johor.Tiga tahun kemudian , beliau meletakkan jawatan untuk menumpukan masanya kepada UMNO.Di bawah kepimpinannya , UMNO berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu.Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-Raja Melayu dan memperketatkan syarat-syarat kerakyatan , serta memberi hak istimewa orang Melayu.Dato’ Onn kemudiannya berasa kecewa dengan apa yang beliau menganggap sebagai dasar-dasar perkauman UMNO , dan mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu , tanpa mengira kaum , dan nama UMNO ditukar menjadi ‘Pertubuhan Kebangsaan’.Penduduk Tanah Melayu Bersatu.Oleh sebab cadangan itu ditentang , Dato Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agong Keenam diadakan pada 25-26 Ogos 1951.Dato’ Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos 1951.Malangnya parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang melayu.Pada tahun 1954 , beliau meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti Negara bagi tujuan bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955.Parti Negara menyekatkan keahlian bukan orang Melayu dalam satu percubaan untuk memperoleh sokongan daripada orang-orang Melayu.Walaupun demikian , partinya masih gagal mendapat sokongan dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya itu.

     Bagaimanapun , Dato’ Onn masih berusaha untuk mendapatkan tempat dalam politik.Akhirnya  , beliau berjaya mendapat 1 kerusi di kawasan parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam Pilihan Raya Umum 1959 dengan bantuan parti PAS.Dato’Onn mendirikan rumah tangga bersama Datin Halimah Hussein dan salah seorang daripada anak mereka ialah Tun Hussein bin Dato’ Onn.Beliau meninggal dunia pada tahun 19 Januari 1962 dan dikebumikan di Makam Mahmoodiah , Johor Bahru , Johor.






TUN DR. ISMAIL DATO’ ABDUL RAHMAN

LATAR BELAKANG DAN SUMBANGAN :

     Ismail bin Dato’ Abdul Rahman telah dilahirkan di Johor Bahru pada 4 November 1915.Bapanya Abdul Rahman bin Mohammed Yassin adalah bekas Pegawai Perkhidmatan Awam Kerajaan Johor pernah menyandang jawatan Presiden Pertama Dewan Negeri iaitu jawatan tertinggi dalam kerajaan Johor.Ibunya Zaharah bin Abu Bakar meninggal dunia sewaktu Tun Dr. Ismail berumur sembilan tahun.Beliau mempunyai lapan orang adik beradik.Beliau telah berkahwin dengan Toh Puan Norasyikin binti Dato’ Mohd Seth dan mempunyai enam orang anak , empat lelaki dan dua perempuan.Tun Dr. Ismail adalah peminat sukan. Di antara sukan yang digemari ialah golf , ragbi , tenis , badminton , tinju , dan bola sepak.Tun juga mempunyai minat dalam bidang fotografi , penggemar lagu-lagu Melayu asli , suka mengumpul barang-barang antik seperti paip dan pemetik api serta bercucuk tanam pelbagai jenis pokok bunga dan buah-buahan di persekitaran rumahnya.

     Tun Dr. Ismail telah belajr di sekolah English College , Johor Bahru dan kemudiannya menyambung pelajaran di maktab perubatan , King Edward VII College of Medicine , Singapura pada tahun 1935 hingga 1937 dan selepas itu melanjutkan pelajarannya ke Australia.Beliau telah mendapat Ijazah Perubatan dari Universiti Melbourne , Australia dalam tahun 1945 dan merupakan anak Melayu pertama yang lulus dari Universiti tersebut.Setelah kembali ke Tanah Air beliau telah membuka klinik perubatan sendiri yang dinamakan Tawakkal dari tahun 1947 hingga 1952 di samping bekerja secara sambilan di Hospital Besar , Johor Bahru.






     Pada tahun 1953 , beliau mula melibatkan diri sepenuh masa dalm memperjuangkan kemerdekaan Tanah Air melalui UMNO yang dipimpim oleh T.T.M Tunku Abdul Rahman Putra.Sebelum itu , Dr. Ismail pernah dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Undangan Negeri Johor dan ahli Mahjlis Mesyuarat Kerajaan dalam tahun 1948.Pada tahun 1953 , beliau telah menyandang jawatan Menteri Hasil Bumi hingga tahun 1955.Setahun kemudian beliau dilantik menjadi Menteri Perundangan dan Perindustrian yang pertama.Beliau juga menyertai rombongan ketua Menteri , Y,T.M Tunku Abdul Rahman Putra ke London pada 18 Januari hingga 8 Februari 1956 kerana rundingan mengenai kemerdekaan.Setelah mencapai kemerdekaan , Dr. Ismail dilantik sebagai Duta Besar Persekutuan Tanah Melayu yang pertama ke Washington di Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu setelah Malaya diterima sebagai anggota pertubuhan itu.Memandangkan pengalaman beliau di arena antarabangsa , pada tahun 1959 beliau dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Luar Negeri.Pada tahun 1960 pula , beliau dilantik menjadi Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan tiga bulan selepas itu ditugaskan menjalankan kerja-kerja sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

     Pada tahun 1967 , Tun Dr. Ismail mengambil keputusan meletakkan jawatan kerana kesihatan sering terganggu disebabkan penyakit jantung.Walau bagaimanapun beliau telah kembali berkhidmat pada bulan Mei 1969.Beliau telah dilantik menjadi Hal Ehwal Dalam Negeri.Dengan tindakan yang tegas beliau berjaya memulihkan keamanan dalam negara pada masa tragedi 13 Mei 1969.Setelah Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra bersara tahun 1970 , Allahyarham Tun Razak telah dilantik menjadi Perdana Menteri.Tun Razak telah melantik Tun Dr. Ismail sebagai timbalannya disamping menyandang jawatan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.Tun Dr. Ismail terkenal dikalangan pemimpin kerajaan dan antarabangsa kerana kebijaksanaannya dalam berhujah serta idea-idea yang membuna dan bernas.Beliau adalah orang yang mula-mula menganjurkan Dasar Berkecuali Asia Tenggara.Ketika menyandang jawatan Menteri Kehakiman beliau telah menghadiri Persidangan Menteri-Menteri Kehakiman Komanwel di Australia dan Persidangan Keamanan Dunia melalui undang-undang di Washington pada tahun 1965.Beliau juga telah mewakili malaysia di upacara perlantikan Presiden Filipina dalam bulan Disember 1965.



     Dalam tahun 1964 , berikutan tindakan indonesia melancarkan konfrantasi terhadap Malaysia Tun Dr. Ismail telah diutus ke New York sebagai ketua rombongan untuk membentangkan perkara Malaysia /Indonesia dalam Majlis Keselamatan pada 5 November 1964.

     Tun Dr, Ismail pernah memangku jawatan Perdana Menteri ketika Y.T.M Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak berada di luar negara.Kali terakhir memangku ketika Allahyarham Tun Abdul Razak berada di Kanada bagi menyertai Persidangan Ketua-Ketua Negara-Negara Komanwel.Beliau telah menghembuskn nafas terakhir pada 2 Ogos 1973 dalam usia 57 tahun di rumahnya.Beliau telah meneima pelbagai anugerah sama ada dari dalam atau luar negara kerana kecemerlangan menjalankan tugas dan tanggungjawab.Antaranya Darjah Panglima Mangku Negara oleh Yang di-Pertuan Agung pada 31 Ogos 1959.Majlis Senat Universiti Malaya turut memperingati dan menghargai jasa beliau dengan mengurniakan beliau Ijzah Kehormat Doktor Undang-Undang pada 13 Jun 1964.Seterusnya pada bulan Oktober 1965 , beliau menerima Darjah Kebesaran Vietnam iaitu Vietnam National Order Grand Officer dan dalam bulan yang sama dikurniakan anugerah Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) daripada Sultan Johor.

     Pada bulan April 1966 beliau telah di anugerahkan pingat Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran Tun.Ketokohan Tun juga mendapat penghagaan kerajaan Indonesia apabila dikurniakan Bintang Republik Indonesia Kelas Dua.Penghargaan ini diperolehi ketika Residen Soharto melawat Malaysia pada tahun 1970.Dalam Konvensyen Pertama Universiti Sains Malaysia pada 9 Januari 1973 Tun Dr. Ismail telah menerima Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang.Sebagai menghargai jasa-jasa Tun Dr. Ismail terhadap negara dan bangsa jenazah beliau telah disemadikan di Makam Pahlawan Negara di Masjid Negara atas kehendak Tun Abdul Razak.Beliau merupakan pemimpin pertama yang disemadikan di makam tersebut.Tugas rasmi yang terakhir dilakukan adalah merasmikan Perayaan Jubli Perak Gabungan Pelajr-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) pada 2 Ogos 1973.  
   



IKTIBAR YANG BOLEH DIAMBIL DARI KESEMUA TOKOH


     Kita seharusnya mengambil iktibar bahawa perpaduan hanya dapat dicapai jika semua rakyat bersatu padu , bertolak ansur , hormat menghormati , dan saling menyanyangi antara satu sama lain.

     Jika dikenangkan kembali perjuangan pejuang-pejuang tanah air , sudah pasti timbul kesedaran dalam diri masing-masing betapa peritnya kehidupan kehidupan mereka pada zaman tersebut.

     Perjuangan tokoh-tokoh lampau menentang penjajah di negara kita sewajarnya dijadikan teladan dan patut kita contohi.Semangat setia kepada negara dan sifat bekerjasama juga amalan permuafakatan di kalangan pemimpin serta pengikutnya telah menyumbangkan kepada kejayaan menentang penjajah.Dalam penentangan ini , jelaslah bahawa sikap berdisiplin serta gigih berusaha akan membuahkan hasil.

     Sewajarnya , kesedaran ini merupakan aspek penting yang perlu deterapkan dalam diri kita.Nilai ini amat diperlukan dalam memelihara keharmonian seterusnya melahirkan rasa kecintaan terhadap bumi bertuah ini.Sikap bersederhana dan tolak ansur juga adalah faktor penting dalam pembentukan negara dan bangsa di Malaysia.










 KESIMPULAN

     Tokoh kemerdekaan negara telah banyak berjasa dalam memperjuangkan kemerdekaan untuk Tanah Melayu.Terdapat ramai tokoh yang dapat dijadikan “role model “ atau idola kepada generasi kini dan yang akan datang.Segala pengorbanan , rintangan , dan penat lelah mereka berbakti untuk negara patut dicontohi dan dijadikan panduan.

     Kemerdekaan yang dicapai pada 31 Ogos 1957 bukanlah satu proses yang mudah untuk dicapai.Matlamat kemerdekaan itu hanya dapat dicapai setelah melalui satu proses yang sangat panjang.

     Keamanan negara ini sangat penting dalam usaha negara ini menjadi sebuah negara yang maju pada menjelang tahun 2020.Antara faktor utama kejayaan ini ialah melalui situasi keamanan dan kesejahteraan negara seniaa terjamin.Dalam nada yang sama , kita seharusnya memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara ini yang dijajah dan memerlukan kekuatan bagi menjamin penjajahan ke atas negara ini tidak akan lagi berlaku.

     Oleh itu , diharapkan agar semua warga negara ini akan sentiasa mematuhi undang-undang , menjaga maruah negara dan menghargai jasa tokoh yang telah banyak berjuang bagi mencapai kemerdekaan.







LAMPIRAN

  


         


      


    








RUJUKAN


1.       www.tokoh kemerdekaan negara.com

2.       Buku rujukan Pengajian Malaysia

3.       Buku Teks Tingkatan 5