DUB1012 :
PENGAJIAN MALAYSIA
TAJUK : SUMBANGAN TOKOH KEMEDEKAAN NEGARA
NAMA AHLI KUMPULAN :
ü NURUL HIDAYAH
BINTI ABDULLAH 30DIB14F2022
ü SITI HAN NAN
BINTI AHMAD 30DIB14F2040
ü HANISAH BINTI
MOHAMAD 30DIB14F2036
NAMA PENSYARAH :
PUAN HAJAH FATIMAH BINTI HUSSEIN
TARIKH HANTAR :
02 MAC 2015
ISI KANDUNGAN
BIL.
|
TAJUK
|
MUKA SURAT
|
1.
|
PENGENALAN
|
3
|
2.
|
LATAR BELAKANG DAN SUMBANGAN TOKOH
KEMERDEKAAN
|
4 - 16
|
3.
|
IKTIBAR DARIPADA PERJUANGAN TOKOH
KEMERDEKAAN
|
17
|
4.
|
KESIMPULAN
|
18
|
5.
|
LAMPIRAN
|
19 - 21
|
6.
|
RUJUKAN
|
22
|
PENGENALAN
Negara ini mencapai kemerdekaan setelah
melali suatu proses yang panjang.Pengalaman negara dijajah oleh beberapa kuasa
asing selama beratus-ratus tahun menjadikan semangat sebahagian besar rakyat
tanah air untuk memiliki negara sendiri yang berdaulat kian menebal.Oleh itu ,
semangat dan kesedaran ini mula disalurkan melalui pelbagai cabang sehingga
berjaya memberi kesedaran secara menyeluruh kepada rakyat.Kempen-kempen oleh
para pejuang kemerdekaan yang tidak kenal putus asa , akhirnya membuahkan hasil
apabila British meluluskan piagam kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.Negara kemudian
bergerak matang dan lebih ke hadapan untuk membentuk sebuah negara yang lebih
ke hadapan untuk membentuk sebuah negara yang lebih mantap dalam mengatasi
cabaran semasa.Hasilnya , terbentuknya negara Malaysia seperti yang dikenali
pada hari ini secara rasminya pada 16 September 1963.
TUNKU ABDUL RAHMAN IBNI ALMARHUM PUTRA AL-HAJ
LATAR BELAKANG TOKOH :
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ibni
Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah merupakan seorang tokoh yang mempunyai
sifat-sifat istimewa disebalik kejayaannya.Beliau merupakan seorang yang
peramah , baik hati , arif dalam membuat pertimbangan , berjiwa rakyat , setia
kepada sahabat-sahabatnya , rendah diri , murah hati , sentiasa bersimpati ,
bertanggungjawab serta banyak lagi nilai yang membolehkan beliau mempunyai
kenalan yang ramai.
Tunku dilahirkan pada 08 Februari 1903 di
Istana Tingkat Tiga ( Istana Kota Lama ) Alor setar , Kedah . Beliau seorang
yang berkedudukan namun dia tetap bergaul dengan sesiapa sahaja.
Beliau merupakan putera yang ke-6 dari
isteri yang ke-2 atau yang ke-24 bagi ayahnya.Ayahandanya , Sultan Abdul Hamid
, menaki takhta Kedah pada 1881 dan mangkat pada tahun 1943.Ibundanya pula ,
Che Manjalara , berketurunan Siam dan Burma dan menukar namanya kepada Sharifah
Fatimah setelah memeluk agama Islam.
Tunku telah berkahwin pada tahun 1939
dengan isterinya Sharifah Rodziah binti Syed Alwi Barakbah.Kedua-duanya
merupakan tokoh kebanggaan negara.
PENDIDIKAN AWAL :
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah
Melayu , Alor Setar kemudiannya ke Sekolah Inggeris (sekarang dikenali sebagai
Kolej Sultan Abdul Hamid Alor Setar ) Kedah.Ketika berusia lapan tahun beliau
mengikuti abangnya ke Bangkok dan meneruskan pengajiannya di Penang Tree
School.Selepas itu , ke St. Catherine College , Universiti Cambridge England
untuk belajar undang-undang dan kemudiaannya balik ke Tanah Melayu pada taun
1925 setelah menamatkan pelajarannya.Tunku mendapat Ijazah B.A dalam sastera.
Beliau kembali ke Engand untuk
menyambungkan pelajarannya dalam bidang Undang-undang di Inner Temple , England
pada tahun 1938 , namun pengajiannya terbantut apabila Perang Dunia Kedua
meletus.
Demi menyempurnakan hasratnya menjadi
peguam maka ada tahun 1947 , beliau sekali lagi ke England bagi melanjutkan
pelajarannya dalam pegajian undang-undang di Cambridge Universiti dan
ditauliahkan pada tahun 1949.
KEPERIBADIAN :
Tunku telah banyak berkorban untuk
negara.Pelbagai cabaran serta rintangan dihadapi namun segalanya berjaya
diatasi dengan cekal dan tabah.Bapa Perpaduan Malaysia ini telah membuktikan
bahawa beliau merupakan seorang pemimpin yang berwibawa.Tunku merupakan seorang
tokoh yang mempunyai perwatakan dan keperibadian yang tersendiri serta istimewa
yang sukar ditandingi.
Tunku Abdul Rahman telah menunjukkan bakat
kepimpinannya sejak menjadi Pegawai Daerah.Beliau sentiasa prihatin terhadap
insan lain seperti memperbaiki mutu kesihatan penduduk-penduduk di luar bandar
yang diserang penyakit malaria dan membela nasib peandu-pemandu teksi di Sungai
Petani.Beliau juga sanggup menghantar misi pendamai dan keamanan ke Congo ,
Afrika yang dilanda perang saudara 1961.Beliau berusaha menyatu padu rakyat
berbilang kaum dalam usaha menentang British dan menuntut kemerdekaan Tanah
Melayu.beliau juga berusaha meningkatkan status ekonomi rakyat dan
negara.Beliau turut dikenali sebagai “ Bapa Keamanan dan Perpaduan “
Ketegasannya dalam membantah pengiktirafan
Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai parti sah sewaktu Rundingan Baling
membolehkan negara kita bebas daripada ancaman atau pengaruh Komunis.Kegigihan
, keberanian , dan ketegasan beliau telah membebaskan negara kita dari belenggu
penjajah.Rakyat seharusnya berasa kagum dengan matlamat hidupnya yang begitu
mulia dan menghargai kesanggupannya mengorbankan masa-masanya yang berharga
bagi membentuk negara yang merdeka.
PENGLIBATAN DALAM SUKAN :
Beliau juga merupakan seorang yang akif
dalam sukan.Mempunyai banyak hobi termasuk menunggang kuda , memancing ikan ,
dan memasak.Meminati bidang sukan sejak kecil terutamanya menunggang kuda dan
bermain golf.Bola sepak merupakan bidang yang paling diminati.Pernah dilantik
sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu , Bola Sepak Selangor dan Presiden
Kehormat Persatuan Bola Sepak Malaysia pada 14 Februari 1954.
KERJAYA :
Tunku dilantik sebagai Perdana Menteri Persekutuan
Tanah Melayu yang pertama pada tahun 1957.Beliau turut memegang portfolio
Menteri Dalam Negeri.Sebelum menjadi Perdana Menteri , beliau pernah memegang
beberapa jawatan lain.Kerjayanya bermula pada 10 Disember 1931 apabila beliau
berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Kuala Muda , Padang Terap , Kuala Nerang ,
Sungai Petani , dan Kulim , Kedah.1940 , Tunku menjadi Timbalan Pengarah
Keselamatan Awam Kedah.Tunku juga pernah bertugas sebagai Pendakwaraya di
Perkhidmatan dan Kehakiman Kuala Lumpur.
Pada tahun 1955 , Tunku dilantik sebagai
Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu.Penglibatan beliau dala bidang politik
tamat apabila beliau meletakkan jawatan sebagai Pedana Menteri Malaysia pada 22
September 1970.
SUMBANGAN TOKOH :
Ø
SUMBANGAN DALAM PENULISAN
Tunku merupakan seorang penulis yang
berbakat.Karya beliau mampu menarik perhatian orang ramai.Walaupun pada masa
Tunku bersara , ketika berumur 85 tahun , beliau masih bergiat cergas malah
masih aktif dalam bidang penulisan seperti ruangan Looking Back dan As I See It
dalam akhbar The Star.Sepanjang 16 September 1974 sehingga 16 Ogos 1975 , Tunku
telah menghasilkan sebanyak 53 artikel dalam ruangan Looking Back.Pada tahun
1969 , Tunku telah menghasilkan buku beliau yang pertama iaitu May 13 , Before
and After.Selepas itu , beliau meneruskan penulisannya dalam khbar The Star
melalui ruangan baru iaitu As I See It.Artikel-artikel yang beliau hasilkan
dalam akhbar adalah berkaitan masyarakat dan insiden-insiden politik yang
berlaku pada zaman beliau.Beliau turut menghasikan Viewpoints (1970) , Looking
Back (1977) , As Matter of Interest (1981) , Something toRemember (1983) , Less
We Forget and Contemporary Issues in Malaysian Politics (1984) , Challenging
Times (1986) , dan Political Awakening (1986) .Semua hasil tersebut adalah
berkaitan isu-isu semasa.
Ø
SUMBANGAN DALAM KESENIAN
Tungku juga berminat dalam bidang
seni dan kebudayaan negara.Sebelum menjadi Perdana Menteri , beliau
bercita-cita menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat kebudayaan.Pada 27 Ogos
hingga 30 Ogos 1969 , beliau telah mengadakan Persidangan Antarabangsa Drama
dan Muzik Tradisional Asia Tenggara dengan tujuan menonjolkan kebudayaan Melayu
di mata dunia.
Tunku telah menghasilkan tiga karya
yang kemudiannya difilemkan iaitu “ Mahsuri ” , “ Raja Bersiung ”
dan “ Sumphan Mahsuri “.Filem “ Raja Bersiung “ merupakan antara filem
Melayu pertama yang berwarna di Malaysia yang ditayangkan untuk mengutip derma
bagi tabung Tuju Peringatan Rosli Dhobie.
Ø SUMBANGAN
PERINGKAT ANTARABANGSA
Pada 31 Julai 1961 , Tunku telah
mengasaskan ASA ( Assosiation of South East Asian States ) yang terdiri
daripada Tanah Melayu , filipina , dan Negara Thailand.
Pada 11 Julai 1962 , MAPHILINDO yang
dianggotai oleh Indonesia , Filipina , dan Malaysia dibentuk.Akan tetapi ,
persatuan ini tergugat apabila Malaysia menghadapi konfrontasi dengan Indonesia
dan Filipina sebaik sahaja Malaysia diisyhtiharkan.Ketika berusaha
menyelesaikan masalah tersebut , Tunku dihampakan apabila Singapura memutuskan
untuk keluar daripada Persekutuan pada 9 Ogos 1965.Tunku berjaya mengatasi
konfrontasi tersebut melalui perjanjian dengan Indonesia pada 2 Jun 1966 dan
Filipina 3 Jun 1966.Beliau juga pernah dilantik menjadi Setiausaha Agung
Pertama Pertubuhan Negara -Negara Islam (OIC) oleh Raja Faizal dari
Jeddah.
Ø
SUMBANGAN DALAM PERKEMBANGAN ISLAM
Tunku telah banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan Islam di
negara kita malah mengharumkan nama negara di persada dunia.Beliau banyak
melibatkan diri dalam penganjuran pertandingan membaca al-Quran.Menjadi
Presiden Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) pada Ogos 1960.Atas
kebolehn dan daya usaha gigihnya , beliau berjaya meletakkan PERKIM sebagai
sebuah pertubuhan yang terkemuka dan dihormati oleh semua umat Islam.
Tunku Abdul Rahman adalah seorang
pejuang kemanusiaan yang tulen.Beliau telah membenarkan PERKIM cawangan Kedah
menggunakan tanah kepunyaannya untuk membina rumah anak-anak yatim dan orang
tua yang diberi nama Darul Aliam Wal Masalan Tunku Abdul Rahman Putra.Sebagai
pemimpin PERKIM , beliau berusaha memberi bantuan kepada pelarian Kemboja yang
memasuki Malaysia melalui Kelantan pada tahun 1975.Dengan bantuan Bangsa-Bangsa
Bersatu , beliau telah berjaya menempatkan seramai 4500 orang pelarian di
Pengkalan Chepa dan Cheranting.
KEJAYAAN TUNKU :
Rakyat menyanjung tinggi tunku kerana
mencapai begitu banyak kejayaan dan menyumbang kepada keamanan dan kemerdekaan
negara serta penyatupaduan rakyat.Sebelum mencapai kemerdekaan , Tunku sudah
yakin bahawa beliau akan menhadapi banyak cabaran dan rintangan untuk mencapai
keamanan dan kemerdekaan dalam menyatupadukan rakyat..Ini menyebabkan rakyat
merasa terhutang budi dan mengaguminya.Setelah dilantik menjadi presiden UMNO ,
beliau berikhtiar untuk mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu.Tetapi ,
cabaran yang terpaksa dihadapinya ialah menyatupadukan parti-parti kaum yang
lain bagi mencapai tujuan ini.Oleh itu , dia membentuk Parti Perikatan dengan
menggbungkan UMNO-MCA.Cadangan ini berjaya dan membolehkan Parti Perikatan
memenangi Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952 dengan
memenangi 51 daripada 52 kerusi.
Kejayaan yang menakjubkan ini menarik
perhatian mic untuk menyertai gabungan ini.Tahun 1955 merupakan tahun yang
menjadi ujian sebenar Tunku Abdul Rahman.Parti Perikatan perlu memenangi
pilihan raya kali ini untuk membuktikan kepada British bahawa tanah air kita
yang terdiri daripada pelbagai kaum sudah brsedia untuk merdeka.Tunku telah
bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pilihan majoriti.Beliau membuat lawatan ke
seluruh Tanah Melayu tanpa ,erasa penat dan lelah.Akhirnya beliau berjaya
mengatasi rintangan ini dengan memenangi pilihan raya itu.Beliau eterusnya
mengetuai Rombongan Kemerdekaan ke London pada tahun 1956 untuk mendapatkan
kemerdekaan bagi Tanah Melayu.
Beliau berjaya mendapatkan persetujuan
British dan 31 Ogos 1957 ditetapkan sebagai tarikh kemerdekaan.Selepas kejayaan
ini , beliau mendapat perhatian masyarakat di seluruh dunia , terutamanya media
massa.Pada 27 Mei 1961 , Tunku telah mengemukakan cadangan untuk menggabungkan
Tanah Melayu , Singapura , Sabah , Sarawak , dan Brunei bagi membentuk sebuah
negara yang bernama Malaysia.Idea tersebut mendapat sokongan dari negara-negara
tersebut kecuali Brunei.Pada 6 Januari 1962 , kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
dan British telah menubuhkan Suruhanjaya Cobbold bagi meninjau reaksi rakyat
Sabah dan Sarawak tentang pembentukan Malaysia.Akhirnya Malaysia dibentuk pada
16 Julai 1963 dengan menggabungkan Tanah Melayu , Singapura , Sabah , dan
Sarawak.
ANUGERAH :
Pelbagai anugerah telah diterima oleh
beliau daripada universiti-universiti seperti Universiti Malaya , Universiti
Sdyney , Universiti Araneta dan Universiti India.Beliau juga menerima Ijazah
Kehormat Doktor Persuratan dari Universiti Oxford , England pada tahun 1970 , Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang dari
Universiti Cambridge (1970) , Ijazah Kehormat Pentadbiran Awam dari Universiti
Prince of Songkhla , Thailand(1977).Beliau juga menerima penghormatan dalam
bentuk pangkat dan darjah-darjah kebesaran sama ada dari dalam mahupun dari
luar negara.Ini termasuklah pangkat-pangkat seperti Order of Istinqqlal ,
Maghribi pada tahun 1957 , Darjah utama Negeri Kedah pada tahun 1958 , Order
of Kim Khanh , Vietnam (1958) , Seri
Paduka Mahkota Brunei (S.P.M.B) dan Grand Cross of The Order of The Same Crown
dari Belgium Order of Sikatuna dari Filipina (1959) , Darjah Kerabat Yang Amat
Dihormati (kelas pertama) , Anugerah Ramon Magsaysay dari Filipina (1960) ,
Knignt Grang Cross of the Most
Illustrios Order of Chula Chom Klao dari Thailand (1962) , Darjah Seri Paduka
Mahkota Selangor (S.P.M.S) dan Grand Cross of the Royal Order of Sahametrai
dari Kemboja.
PERGINYA SEORANG WIRA BANGSA
Pada 6 Disember 1990 , Tunku menghembuskan nafas yang
terakhir pada usia 87 tahun di Hospital Besar Kuala Lumpur.Pihak kerajaan telah
mengiktiraf “Istiadat Pengebumiaan Negar” kepada beliau.Pada 7 Disember 1990 ,
jenazah beliau telah diberi penghormatan terakhir oleh orang ramai di Dewan
Bankuasi , Bangunan Parlimen Kuala Lumpur.Selepas itu , jenazah beliau
diterbangkan ke Alor Setar<Sungai Besi.Setibanya di sana , jenazahnya diberi
penghormatan terakhir oleh Sultan dan Sultanah Kedah di Balai Besar,Alor Setar
sebelum diusung menuju makam diraja untuk menjalani istiadat
pengebumian.Pemergiannya merupakan suatu kehilangan yang besar dan jasanya
sentiasa dikenang oleh rakyat Malaysia.
DATO’ ONN JAAFAR
LATAR
BELAKANG DAN SUMBANGAN :
Dato’ Onn Jaafar adalah lagenda bangsa
Melayu.Jasanya meniupkan semangat nasionalisme kepada orang Melayu tidak
sesekali luput dan ingatan dan masih segar terpahat di sanubari rakyat
Malaysia.Mantan Menteri Besar Johor ini , merupakan pengasas dan Yang DiPertua
pertama UMNO , peneraju utama gerakan untuk menentang dan mengalahkan Malayan
Union dan tokoh pelapor dan pemangkin perpaduan dan kerjasama antara kaum di
Malaysia.
Beliau dilahirkan di Bukit Gambir , Johor
Bahru , Dato’ Onn ialah anak kepada Dato’ Jaafar bin Haji Muhammad , Menteri
Besar Johor yang pertama.Seorang kerabat diraja Johor , beliau dipelihara oleh
Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar sejak kecil , dan mendapat pendidikan
Melayu sebelum melanjutkan pelajarannya di England.
Dato’ Onn bekerja sebagai wartawan pada
tahun 1930 ketika berumur 35 tahun , dan pada tahun 1934 , menjadi pengarang
Lembaga Malaya dan Harian Lembaga.Disamping itu , beliau juga pernah menjadi
ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor.Semasa zaman Pendudukan Jepun , Dato’ Onn
menjadi ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor.Dato’ Onn pernah bertugas
sebagai Pegawai Daerah dalam pentadbiran penjajah British , tetapi kemudian
berhenti kerana membantah dasar-dasar jajahan.
Pada 1-4 Mac 1946 , 41 buah persatuan
Melayu telah berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman , Kuala Lumpur untuk menghadiri
Kongres melayu pertama yang diadakan untuk menentang Malayan Union yang
diperlihatkan sebagai ancaman terhadap hak istimewa orang melayu dan kedudukan
sultan-sultan Melayu.Hasil daripada mesyuarat ini , sebuah badan yang mewakili
orang Melayu telah ditubuhkan ketika Kongres ketiga diadakan di Johor Bahru
pada 1 Mei 1946.Disebabkan Dato’ Onn amat aktif dalam gerakan nasionalisme
Melayu , kongres itu melantik beliau sebagai presiden pertama.
Pada 1 Oktober 1946 , Dato’ Onn dilantik
menjadi Menteri Besar Johor.Tiga tahun kemudian , beliau meletakkan jawatan
untuk menumpukan masanya kepada UMNO.Di bawah kepimpinannya , UMNO berjaya
memaksa kerajaan British untuk membubarkan Malayan Union dan diganti dengan
Persekutuan Tanah Melayu.Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kedudukan
Raja-Raja Melayu dan memperketatkan syarat-syarat kerakyatan , serta memberi
hak istimewa orang Melayu.Dato’ Onn kemudiannya berasa kecewa dengan apa yang
beliau menganggap sebagai dasar-dasar perkauman UMNO , dan mencadangkan bahawa
keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu , tanpa mengira kaum ,
dan nama UMNO ditukar menjadi ‘Pertubuhan Kebangsaan’.Penduduk Tanah Melayu
Bersatu.Oleh sebab cadangan itu ditentang , Dato Onn meletakkan jawatan sebagai
presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agong Keenam diadakan pada
25-26 Ogos 1951.Dato’ Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP)
pada 26 Ogos 1951.Malangnya parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada
orang melayu.Pada tahun 1954 , beliau meninggalkan parti itu untuk menubuhkan
Parti Negara bagi tujuan bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di
Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955.Parti Negara menyekatkan keahlian
bukan orang Melayu dalam satu percubaan untuk memperoleh sokongan daripada
orang-orang Melayu.Walaupun demikian , partinya masih gagal mendapat sokongan
dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya itu.
Bagaimanapun , Dato’ Onn masih berusaha
untuk mendapatkan tempat dalam politik.Akhirnya
, beliau berjaya mendapat 1 kerusi di kawasan parlimen Kuala Terengganu
Selatan dalam Pilihan Raya Umum 1959 dengan bantuan parti PAS.Dato’Onn
mendirikan rumah tangga bersama Datin Halimah Hussein dan salah seorang
daripada anak mereka ialah Tun Hussein bin Dato’ Onn.Beliau meninggal dunia
pada tahun 19 Januari 1962 dan dikebumikan di Makam Mahmoodiah , Johor Bahru ,
Johor.
TUN DR. ISMAIL DATO’ ABDUL RAHMAN
LATAR BELAKANG DAN SUMBANGAN :
Ismail bin Dato’ Abdul Rahman telah
dilahirkan di Johor Bahru pada 4 November 1915.Bapanya Abdul Rahman bin
Mohammed Yassin adalah bekas Pegawai Perkhidmatan Awam Kerajaan Johor pernah
menyandang jawatan Presiden Pertama Dewan Negeri iaitu jawatan tertinggi dalam
kerajaan Johor.Ibunya Zaharah bin Abu Bakar meninggal dunia sewaktu Tun Dr.
Ismail berumur sembilan tahun.Beliau mempunyai lapan orang adik beradik.Beliau
telah berkahwin dengan Toh Puan Norasyikin binti Dato’ Mohd Seth dan mempunyai
enam orang anak , empat lelaki dan dua perempuan.Tun Dr. Ismail adalah peminat
sukan. Di antara sukan yang digemari ialah golf , ragbi , tenis , badminton ,
tinju , dan bola sepak.Tun juga mempunyai minat dalam bidang fotografi ,
penggemar lagu-lagu Melayu asli , suka mengumpul barang-barang antik seperti
paip dan pemetik api serta bercucuk tanam pelbagai jenis pokok bunga dan
buah-buahan di persekitaran rumahnya.
Tun Dr. Ismail telah belajr di sekolah
English College , Johor Bahru dan kemudiannya menyambung pelajaran di maktab
perubatan , King Edward VII College of Medicine , Singapura pada tahun 1935
hingga 1937 dan selepas itu melanjutkan pelajarannya ke Australia.Beliau telah
mendapat Ijazah Perubatan dari Universiti Melbourne , Australia dalam tahun
1945 dan merupakan anak Melayu pertama yang lulus dari Universiti
tersebut.Setelah kembali ke Tanah Air beliau telah membuka klinik perubatan
sendiri yang dinamakan Tawakkal dari tahun 1947 hingga 1952 di samping bekerja
secara sambilan di Hospital Besar , Johor Bahru.
Pada tahun 1953 , beliau mula melibatkan
diri sepenuh masa dalm memperjuangkan kemerdekaan Tanah Air melalui UMNO yang
dipimpim oleh T.T.M Tunku Abdul Rahman Putra.Sebelum itu , Dr. Ismail pernah
dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Undangan Negeri Johor dan ahli Mahjlis
Mesyuarat Kerajaan dalam tahun 1948.Pada tahun 1953 , beliau telah menyandang
jawatan Menteri Hasil Bumi hingga tahun 1955.Setahun kemudian beliau dilantik
menjadi Menteri Perundangan dan Perindustrian yang pertama.Beliau juga
menyertai rombongan ketua Menteri , Y,T.M Tunku Abdul Rahman Putra ke London
pada 18 Januari hingga 8 Februari 1956 kerana rundingan mengenai
kemerdekaan.Setelah mencapai kemerdekaan , Dr. Ismail dilantik sebagai Duta
Besar Persekutuan Tanah Melayu yang pertama ke Washington di Persidangan
Bangsa-Bangsa Bersatu setelah Malaya diterima sebagai anggota pertubuhan
itu.Memandangkan pengalaman beliau di arena antarabangsa , pada tahun 1959
beliau dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Luar Negeri.Pada tahun 1960 pula ,
beliau dilantik menjadi Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan tiga bulan selepas
itu ditugaskan menjalankan kerja-kerja sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
Pada tahun 1967 , Tun Dr. Ismail mengambil
keputusan meletakkan jawatan kerana kesihatan sering terganggu disebabkan
penyakit jantung.Walau bagaimanapun beliau telah kembali berkhidmat pada bulan
Mei 1969.Beliau telah dilantik menjadi Hal Ehwal Dalam Negeri.Dengan tindakan
yang tegas beliau berjaya memulihkan keamanan dalam negara pada masa tragedi 13
Mei 1969.Setelah Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra bersara tahun 1970 ,
Allahyarham Tun Razak telah dilantik menjadi Perdana Menteri.Tun Razak telah
melantik Tun Dr. Ismail sebagai timbalannya disamping menyandang jawatan
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Perdagangan dan
Perindustrian.Tun Dr. Ismail terkenal dikalangan pemimpin kerajaan dan
antarabangsa kerana kebijaksanaannya dalam berhujah serta idea-idea yang
membuna dan bernas.Beliau adalah orang yang mula-mula menganjurkan Dasar
Berkecuali Asia Tenggara.Ketika menyandang jawatan Menteri Kehakiman beliau
telah menghadiri Persidangan Menteri-Menteri Kehakiman Komanwel di Australia
dan Persidangan Keamanan Dunia melalui undang-undang di Washington pada tahun
1965.Beliau juga telah mewakili malaysia di upacara perlantikan Presiden
Filipina dalam bulan Disember 1965.
Dalam tahun 1964 , berikutan tindakan
indonesia melancarkan konfrantasi terhadap Malaysia Tun Dr. Ismail telah diutus
ke New York sebagai ketua rombongan untuk membentangkan perkara Malaysia
/Indonesia dalam Majlis Keselamatan pada 5 November 1964.
Tun Dr, Ismail pernah memangku jawatan
Perdana Menteri ketika Y.T.M Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak berada di
luar negara.Kali terakhir memangku ketika Allahyarham Tun Abdul Razak berada di
Kanada bagi menyertai Persidangan Ketua-Ketua Negara-Negara Komanwel.Beliau
telah menghembuskn nafas terakhir pada 2 Ogos 1973 dalam usia 57 tahun di
rumahnya.Beliau telah meneima pelbagai anugerah sama ada dari dalam atau luar
negara kerana kecemerlangan menjalankan tugas dan tanggungjawab.Antaranya
Darjah Panglima Mangku Negara oleh Yang di-Pertuan Agung pada 31 Ogos
1959.Majlis Senat Universiti Malaya turut memperingati dan menghargai jasa beliau
dengan mengurniakan beliau Ijzah Kehormat Doktor Undang-Undang pada 13 Jun
1964.Seterusnya pada bulan Oktober 1965 , beliau menerima Darjah Kebesaran
Vietnam iaitu Vietnam National Order Grand Officer dan dalam bulan yang sama
dikurniakan anugerah Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) daripada Sultan Johor.
Pada bulan April 1966 beliau telah di
anugerahkan pingat Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran Tun.Ketokohan
Tun juga mendapat penghagaan kerajaan Indonesia apabila dikurniakan Bintang
Republik Indonesia Kelas Dua.Penghargaan ini diperolehi ketika Residen Soharto
melawat Malaysia pada tahun 1970.Dalam Konvensyen Pertama Universiti Sains
Malaysia pada 9 Januari 1973 Tun Dr. Ismail telah menerima Ijazah Kehormat
Doktor Undang-Undang.Sebagai menghargai jasa-jasa Tun Dr. Ismail terhadap
negara dan bangsa jenazah beliau telah disemadikan di Makam Pahlawan Negara di
Masjid Negara atas kehendak Tun Abdul Razak.Beliau merupakan pemimpin pertama
yang disemadikan di makam tersebut.Tugas rasmi yang terakhir dilakukan adalah
merasmikan Perayaan Jubli Perak Gabungan Pelajr-Pelajar Melayu Semenanjung
(GPMS) pada 2 Ogos 1973.
IKTIBAR YANG BOLEH DIAMBIL DARI KESEMUA TOKOH
Kita seharusnya mengambil iktibar bahawa
perpaduan hanya dapat dicapai jika semua rakyat bersatu padu , bertolak ansur ,
hormat menghormati , dan saling menyanyangi antara satu sama lain.
Jika dikenangkan kembali perjuangan
pejuang-pejuang tanah air , sudah pasti timbul kesedaran dalam diri
masing-masing betapa peritnya kehidupan kehidupan mereka pada zaman tersebut.
Perjuangan tokoh-tokoh lampau menentang
penjajah di negara kita sewajarnya dijadikan teladan dan patut kita
contohi.Semangat setia kepada negara dan sifat bekerjasama juga amalan
permuafakatan di kalangan pemimpin serta pengikutnya telah menyumbangkan kepada
kejayaan menentang penjajah.Dalam penentangan ini , jelaslah bahawa sikap
berdisiplin serta gigih berusaha akan membuahkan hasil.
Sewajarnya , kesedaran ini merupakan aspek
penting yang perlu deterapkan dalam diri kita.Nilai ini amat diperlukan dalam
memelihara keharmonian seterusnya melahirkan rasa kecintaan terhadap bumi
bertuah ini.Sikap bersederhana dan tolak ansur juga adalah faktor penting dalam
pembentukan negara dan bangsa di Malaysia.
KESIMPULAN
Tokoh kemerdekaan negara telah banyak
berjasa dalam memperjuangkan kemerdekaan untuk Tanah Melayu.Terdapat ramai
tokoh yang dapat dijadikan “role model “ atau idola kepada generasi kini dan
yang akan datang.Segala pengorbanan , rintangan , dan penat lelah mereka
berbakti untuk negara patut dicontohi dan dijadikan panduan.
Kemerdekaan yang dicapai pada 31 Ogos 1957
bukanlah satu proses yang mudah untuk dicapai.Matlamat kemerdekaan itu hanya
dapat dicapai setelah melalui satu proses yang sangat panjang.
Keamanan negara ini sangat penting dalam
usaha negara ini menjadi sebuah negara yang maju pada menjelang tahun
2020.Antara faktor utama kejayaan ini ialah melalui situasi keamanan dan
kesejahteraan negara seniaa terjamin.Dalam nada yang sama , kita seharusnya
memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara ini yang dijajah dan
memerlukan kekuatan bagi menjamin penjajahan ke atas negara ini tidak akan lagi
berlaku.
Oleh itu , diharapkan agar semua warga
negara ini akan sentiasa mematuhi undang-undang , menjaga maruah negara dan
menghargai jasa tokoh yang telah banyak berjuang bagi mencapai kemerdekaan.
LAMPIRAN
RUJUKAN
1.
www.tokoh kemerdekaan
negara.com
2.
Buku rujukan Pengajian Malaysia
3.
Buku Teks Tingkatan 5
terima kasih...iniloah yg saya cari
ReplyDeleteWow....thank you for thay its very helpful..😆😆😆
ReplyDeleteThank you for the help
ReplyDeleteEasy for get isi isi to find in google to the folio
ReplyDeleteBagus, kerana saye boleh cari maklumat di sini 😊
ReplyDeleteHotel Harrah's Cherokee Casino & Hotel - Mapyro
ReplyDeleteSee 50 photos and 7 진주 출장샵 tips from 62809 visitors to 오산 출장마사지 Harrah's Cherokee 고양 출장마사지 Casino & Hotel. "It's hard 밀양 출장안마 to go wrong. We have cleanliness, cleanliness, and 하남 출장마사지 a good view of the Rating: 4.3 · 5,320 votes · Price range: $110